Antara bait-bait lagu puisi yang popular semasa menuntut di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu. Lagu puisi ini sentiasa didendangkan oleh GP terutama daripada Kelas Muzik.
Puisi Rakyat : Aku Berkolek
Aku berkolek di dada laut
Dengan jala-jala gelama
Kutebarkan sepenuh tenaga
Memburu rindu, memburu rindu
Aku bersajak di tangga pondok
Dengan mata-mata si pena
Ku khabarkan kisah manusia
Di pintu maut, di pintu maut
Aku berkolek dan aku bersajak
Dari Pantai Timur ke Kuala Selut
Mencari penawar turunlah angin selatan
Soronglah kolek ku ke pelabuhan kelam...
JM Aziz
Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Solat Jumaat di Masjid Nabawi
1 month ago
No comments:
Post a Comment